Selasa, 15 Februari 2011

PENGERTIAN DAN HUKUM ZINA

PENGERTIAN ZINA
Ialah persetubuhan yang
dilakukan oleh seorang lelaki
dengan seorang perempuan
tanpa nikah yang sah mengikut
hukum syarak (bukan pasangan
suami isteri) dan kedua-duanya
orang yang mukallaf, dan
persetubuhan itu tidak
termasuk dalam takrif
(persetubuhan yang
meragukan).
Jika seorang lelaki melakukan
persetubuhan dengan seorang
perempuan, dan lelaki itu
menyangka bahawa perempuan
yang disetubuhinya itu ialah
isterinya, sedangkan perempuan
itu bukan isterinya atau lelaki
tadi menyangka bahawa
perkahwinannya dengan
perempuan yang disetubuhinya
itu sah mengikut hukum syarak,
sedangkan sebenarnya
perkahwinan mereka itu tidak
sah, maka dalam kes ini kedua-
dua orang itu tidak boleh
didakwa dibawah kes zina dan
tidak boleh dikenakan hukuman
hudud, kerana persetubuhan
mereka itu adalah termasuk
dalam wati’ subhah iaitu
persetubuhan yang meragukan.
Mengikut peruntukan hukuman
syarak yang disebutkan di
dalam Al-Qur
’an dan Al-Hadith
yang dikuatkuasakan dalam
undang-undang Qanun Jinayah
Syar
’iyyah bahawa orang yang
melakukan perzinaan itu apabila
sabit kesalahan di dalam
mahkamah wajib dikenakan
hukuman hudud, iaitu disebat
sebanyak 100 kali sebat.
Sebagaimana Firman Allah
Subhanahu Wa Ta’ala yang
bermaksud :

Perempuan yang berzina dan
lelaki yang berzina, hendaklah
kamu sebat tiap-tiap seorang
dari kedua-duanya 100 kali
sebat, dan janganlah kamu
dipengaruhi oleh perasaan belas
kasihan terhadap keduanya
dalam menjalankan hukum
Agama Allah, jika benar kamu
beriman kepada Allah dan hari
Akhirat, dan hendaklah
disaksikan hukuman siksa yang
dikenakan kepada mereka itu
oleh sekumpulan dari orang-
orang yang beriman
”. (Surah
An- Nur ayat 2)
ZINA TERBAHAGI KEPADA DUA :
1. ZINA MUHSAN
2. ZINA BUKAN MUHSAN
ZINA MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan
yang telah pernah melakukan
persetubuhan yang halal (sudah
pernah berkahwin)
ZINA BUKAN MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan
yang belum pernah melakukan
persetubuhan yang halal (belum
pernah berkahwin).
Perzinaan yang boleh dituduh
dan didakwa dibawah kesalahan
Zina Muhsan ialah lelaki atau
perempuan yang telah baligh,
berakal, merdeka dan telah
pernah berkahwin, iaitu telah
merasai kenikmatan
persetubuhan secara halal.
Penzinaan yang tidak cukup
syarat-syarat yang disebutkan
bagi perkara diatas tidak boleh
dituduh dan didakwa dibawah
kesalahan zina muhsan, tetapi
mereka itu boleh dituduh dan
didakwa dibawah kesalahan
zina bukan muhsan mengikut
syarat-syarat yang dikehendaki
oleh hukum syarak.
HUKUMAN YANG DIKENAKAN
KEATAS ORANG YANG ZINA
MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN
Seseorang yang melakukan zina
Muhsan, sama ada lelaki atau
perempuan wajib dikenakan
keatas mereka hukuman had
(rejam) iaitu dibaling dengan
batu yang sederhana besarnya
hingga mati. Sebagaimana yang
dinyatakan di dalam kitab
I
’anah Al- Thalibin juzuk 2
muka surat 146 yang
bermaksud :

Lelaki atau perempuan yang
melakukan zina muhsan wajib
dikenakan keatas mereka had
(rejam), iaitu dibaling dengan
batu yang sederhana besarnya
sehingga mati
”.
Seseorang yang melakukan zina
bukan muhsan sama ada lelaki
atau perempuan wajib
dikenakan ke atas mereka
hukuman sebat 100 kali sebat
dan buang negeri selama
setahun sebagaimana terdapat
di dalam kitab Kifayatul Ahyar
juzuk 2 muka surat 178 yang
bermaksud :

Lelaki atau perempuan yang
melakukan zina bukan muhsin
wajib dikenakan keatas mereka
sebat 100 kali sebat dan buang
negeri selama setahun
”.
PEREMPUAN YANG DI ROGOL DAN
DI PERKOSA
Perempuan-perempuan yang
dirogol atau diperkosa oleh
lelaki yang melakukan perzinaan
dan telah disabit dengan bukti

bukti yang diperlukan oleh
syarak dan tidak menimbulkan
sebarang keraguan dipihak
hakim bahawa perempuan itu
dirogol dan diperkosa, maka
dalam kes ini perempuan itu
tidak boleh dijatuhkan dan
dikenakan hukuman hudud,dan
ia tidak berdosa dengan sebab
perzinaan itu.
Lelaki yang merogol atau
memperkosa perempuan
melakukan perzinaan dan telah
sabit kesalahannya dengan
bukti
– bukti dan keterangan
yang dikehendaki oleh syarak
tanpa sebarang keraguan
dipihak hakim, maka hakim
hendaklah menjatuhkan
hukuman hudud keatas lelaki
yang merogol perempuan itu,
iaitu wajib dijatuhkan dan
dikenakan ke atas lelaki itu
hukuman rejam dan sebat.
Perempuan-perempuan yang
telah disabitkan oleh hakim
bahawa ia adalah dirogol dan
diperkosa oleh lelaki melakukan
perzinaan, maka hakim
hendaklah membebaskan
perempuan itu dari hukuman
hudud (tidak boleh direjam dan
disebat) dan Allah
mengampunkan dosa
perempuan itu di atas perzinaan
secara paksa itu.

Tidak ada komentar: